Malaysia Dateline

Minta buang ‘pakcik’ belakang tapi reaksi warganet menghiburkan

Perkongsian foto seorang lelaki yang bergambar di atas bongkah batu dengan dilatari hutan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Pengguna Facebook, Enoi Rehan berkongsikan gambar itu di kumpulan Edit Apa Hari Ni? dengan meminta bantuan suntingan foto.

“Tolong buang pakcik belakang tu,” pintanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada gambar itu sudah disunting terlebih dahulu tetapi ada yang berpendapat itu adalah foto asal tanpa diedit.

“Ni gambar asal. Nampak tak bayang tu?” kata seorang netizen.

Rata-rata reaksi warganet berbaur antara seram dan lucu apabila menganggap ‘pakcik’ yang dimaksudkan seperti pocong.

Lain yang diminta pengirim, lain pula hasil bantuan netizen.

Bagi yang kreatif pula, lelaki bertopi itu ‘dihilangkan’ sekaligus menghiburkan orang ramai.

Berkenaan imej samar-samar di kawasan hutan itu, ada berpendapat seperti sosok individu yang berserban dan berselempang di bahu.

Dalam masa sama, ada netizen yang mengesani terdapat satu lagi sosok di sebelah pohon itu yang dianggap sebagai ‘makcik’.

“Macam mana nak buang? Ada pakcik dengan makcik situ. Baru nak buang, dia bagi amaran hak simpanan kekal katanya,” seloroh seorang warga maya.

Baca juga Kelas Demokrasi diteruskan di luar UiTM, giliran UM pula malam ini

Baca juga Wah! Beribu-ribu ikan naik atas jambatan, untung orang Koh Lanta dapat ikan