Minta orang kaya tak berebut beli tanah kerajaan, sekali ini respon netizen buat Sanusi

Oleh MALAYSIADATELINE

Kebanyakan orang berkemampuan akan membeli tanah pada harga murah untuk dibangunkan dan akhirnya disewakan kepada mereka yang tidak mampu membeli.

Hal ini menyebabkan mereka yang tidak mampu akan merasa lebih terbeban dek kerana tidak mampu.

Disebabkan itu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegur sikap sesetengah orang kaya di negeri Kedah yang sibuk memohon tanah kerajaan.

Terutamanya buat golongan yang sudah memiliki tanah tapi masih mahu membeli dan menyebabkan orang miskin terlepas peluang lapor Berita Harian.

“Jangan berebut mohon tanah kerajaan dengan orang miskin yang sememangnya tidak mampu untuk beli tanah pada harga pasaran.

“Berilah mereka peluang untuk sekurang-kurangnya dapat ruang tempat berteduh keluarga daripada hujan dan panas.

“Kehidupan seseorang boleh berubah dengan memiliki tanah, tidak lagi perlu bayar sewa rumah jika memiliki tanah, sekurang-kurangnya untuk jadi tapak rumah,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Komen netizen

Bagaimanapun rata-rata netizen menasihatkan Muhammad Sanusi turun padang kerana kebanyakan kroni orang kaya juga diberi lebih peluang untuk membeli tanah kerajaan.

“Itu sepatutnya tapi terlalu orang kaya bertambah kaya dek kerana kroni-kroni tu sendiri. Habis tanah mereka kaum untuk kaum kerabat dia.

“Orang kaya boleh bayar cukai, akhirnya orang kaya buat verita orang miskin tak mampu bayar cukai, sombong dan bongkak.

“Ya biasanya orang kaya diutamakan dan dapat dulu bila mohon tanah kerajaan tanpa banyak soalan dan alasan.

“Biasanya orang kaya akan dapat kerana guna kable atau memang kroni, yang melepas orang miskin juga. Diharap MB sendiri yang pantau,” antara komen netizen di Facebook Berita Harian.

Baca juga: Lelaki mengaku dibayar sertai komuniti ‘Old Money’, dedah jumlah komisen diterima setakat ini