Minta peniaga sediakan QR code di bazar, ada pula merungut suruh penjual sediakan duit kecil

Oleh KIM SYAZIE

Tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum masuk bulan yang dinanti umat Islam, bulan Ramadan dan pastinya bazar akan menjadi tumpuan kali ini.

Melihat kepada dunia yang semakin canggih, pastinya anak muda mahu membayar makanan tanpa tunai atau cashless.

Seorang pengguna Twitter, Tatty Hassan meminta agar penjual untuk meltakkan kat QR untuk menyenangkan proses pembayaran.

“Anak-anak kepada makcik pakcik bazar ramadhan, kalau rajin tolong lah dorang buat display QR pay ok.

“Kadang orang muda pergi bazar bawa cash (wang tunai) sikit je pastu teringin itu ini lagi cash dah habis,” ujarnya.

Namun ada pula segelintir pengguna yang menyuruh agar setiap orang mengeluarkan wang dari bank untuk urusan jual beli.

“Kenapa susah sangat pergi bank keluarkan cash sikit untuk pi bazar? Tak logik buka bazar tapi tak ada duit kecil.

“Jarang aku jumpa peniaga takde duit kecil. Kalau peniaga tak ada, pandai-pandai la dia minta tukar dengan gerai sebelah dia,” ujar seorang pengguna Twitter.

Namun kenyataan tersebut dibidas @Fatini_Mahira yang mengharapkan pembeli menyediakan duit kecil kerana bimbang risiko peniaga membawa wang yang banyak.

“Sebenarnya peniaga memang sedia duit kecil. Tapi kalau ramai yang bayar pakai RM50, RM100, memang habislah duit kecil yang diorang (mereka) bawa.

“Takkan nak bawa ribu-ribu duit kecil. Kedai sebelah pun tak boleh bagi duit kecil selalu, diorang pun nak guna juga untuk customer diorang,” tambahnya.

Jika peniaga yang lebih berumur, mungkin kurang jelas dengan pembayaran atas talian jadi sediakan duit tunai untuk kemudahan diri.

Baca juga: Biskut Shu harga kayangan, warganet cakap tak mampu nak ‘support’