Minyak tumpah atas karpet? Individu kongsi cara senang nak cuci ia, tabur satu bahan ni sahaja!

Oleh MALAYSIADATELINE

Ramai tahu betapa susahnya nak bersihkan apa sahaja tumpahan di atas karpet, bukan boleh masukkan dalam mesin basuh.

Kalau nak cuci kena hantar kedai tapi itulah zaman sekarang ni selagi boleh jimat, semua benda nak buat sendiri di rumah.

Ikuti perkongsian pengguna Lemon8, Ruri_ferori tentang cara membersihkan minyak yang tumpah di atas karpet.

“Macam tumpahan minyak di karpet ni kalau terus direndam atau dicuci, minyak tu akan tersebar ke tempat lain.

“Jadi tip daripada saya adalah ambil tepung dan taburkan ia ke kawasan yang terkena tumpahan minyak,” ujar dalam hantaran di aplikasi Lemon8.

Cara bersihkan karpet yang terkena tumpahan minyak

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Penyapu / vacuum cleaner (pembersih hampagas)

Cara-cara:

1. Taburkan tepung gandum (guna tepung lain pun tak ada masalah).

2. Tunggu minyak serap masuk ke tepung.

3. Kemudian buang kesemua tepung yang sudah menyerap minyak.

4. Boleh sapu atau guna vacuum untuk bersihkan lebihan tepung.

5. Ulang kembali langkah di atas sehingga kesemua minyak diserap.

Baca juga: Rupanya ada beza antara mentega dan marjerin, salah guna nanti tak menjadi kek!