Malaysia Dateline

Misi bantuan AMANAH beberapa negeri memenuhi kawasan mangsa banjir di Yan

Slogan ‘Peduli Rakyat’ tetap menjadi keutamaan lebih-lebih lagi dalam misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ‘kepala air’ di Yan, Kedah baru-baru ini.

Bantuan dalam pelbagai bentuk seperti makanan, minuman, barangan keperluan harian merupakan sumbangan yang diterima tanpa putus sehingga semalam.

Menurut Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad, bantuan dan pertolongan datang mencurah-curah dari AMANAH kawasan-kawasan, Pemuda, ARIF, AWAN bukan saHAja dari negeri Kedah, tetapi juga Nasional dan pelbagai negeri.

“Ada yang datang dari AMANAH Pulau Pinang, Johor, Melaka, Perak dan sebagainya dengan pelbagai bentuk bantuan berupakan barangan keperluan serta juga tenaga kerja bagi membantu membersihkan rumah dan kediaman mangsa yang rata-ratanya dipenuhi oleh pasir dan lumpur setiap ruang kediaman mereka.

“Jentera pengorek juga digunakan bagi mempercepatkan gerak kerja mengangkut pasir dan lumpur yang agak tebal memenuhi kediaman mangsa-mangsa terbabit.

“Selain itu lori juga digunakan bagi memudahkan proses mengangkut, membersih dan membuang sampah sarap serta barangan hanyut yang memenuhi kawasan terlibat,” ujar beliau.

Malah ujar Ridzwan lagi, walaupun insiden hitam tersebut telah melewati seminggu, namun proses pembersihan kawasan dan kediaman mangsa terlibat masih banyak lagi yang memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat.

gambar gambar misi bantuan digerakkan AMANAH seluruh negara