Misi Pas berjaya di Seri Setia

Misi Pas berjaya di Seri Setia

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, Pas berjaya di pilihan raya kecil (PRK) Dun Seri Setia dalam misinya menurunkan majoriti undi yang diperolehi Pakatan Harapan (PH).

Pas juga katanya berjaya menggembeleng sebahagian besar undi Melayu menerusi kerjasama sttrategik Pas dan Umno.

“Ia satu tamparan buat PH agar lebih berhati-hati dengan polisi-polisi tidak mesra Islam yang mereka lakukan,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menerusi Facebooknya.

Jelas beliau, peratusan keluar mengundi yang rendah juga satu isyarat bahawa rakyat yang mengundi PH pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu tidak berpuas hati dengan segala janji PRU yang dimungkiri.

PRK Seri Setia yang berlangsung semalam menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar berjaya mengalahkan calon Pas Dr Halimah Ali.

Halimey memperolehi 13,725 undi manakala calon Pas Dr Halimah memperolehi 9,698 undi. Majoriti dimenangani Halimey 427 undi.

Undi ditolak 164 dan peratusan pengundian 44.1 peratus.

2.0
OVERALL SCORE
: 7.0
3 user votes x 0.3
CATEGORIES
TAGS