“Miskin jangan acah mukbang” – Lelaki menangis lepas dikecam buat ‘content’ makan nasi lauk kampung

Oleh MALAYSIADATELINE

Tak semua orang mampu nak makan di kedai mahal, kadangkala hanya makan sahaja apa lauk yang ada di rumah.

Kena sedar bukan semua berkemampuan, hanya itu yang dia mampu makan, asalkan perut kenyang dan tak mencuri apa salahnya.

Seorang lelaki tak menyangka videonya makan nasi bersama tempe goreng dan sayuran dikecam kerana buat video ala mukbang.

Kebiasaan video mukbang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan dan dimakan oleh satu individu sahaja.

Pemilik video TikTok, Angik_Maem2 sering membuat naik kandungan dirinya makan lauk kampung, nampak biasa tapi boleh buat orang lain rasa lapar.

“Miskin jangan sok (acah) mukbang),” antara komen yang diterimanya hingga dia menitiskan air mata saat makan.

Entah kenapa masih ada yang cemburu akan kekurangan orang lain hingga sanggup meninggalkan komen melukakan hati.

Video tersebut yang dimuat naik pada Ogos 2023 menyita perhatian ramai kembali dan ruangan komen dipenuhi mesej baik menyokongnya.

“Sabar bang, biar miskin di dunia yang penting kaya di akhirat.

“Makanan paling sedap dan paling nikmat ialah makanan yang sederhana, biarkan yang menghina pun entah-entah makan mewah pun minta orang belanja.

“Lagi sedap lauk kampung, tempe, pucuk ubi, pergh! Sedapnya,” antara komen netizen.

Baca juga: ‘Rate’ Aliff Syukri dah macam artis profesional, harga untuk undang menyanyi serendah RM15k