Miskin, tahap pendidikan ibu rendah punca budak Kelantan terbantut, dedah pakar

Miskin, tahap pendidikan ibu rendah punca budak Kelantan terbantut, dedah pakar

Tumbesaran kanak-kanak bawah lima tahun di Kelantan yang terbantut akibat tidak menerima zat makanan mencukupi sejak dalam kandungan ibu lagi antaranya berpunca daripada kemiskinan dan tahap pendidikan ibu yang rendah.

Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Hamid Jan Mohamed berkata, masalah tumbesaran golongan tersebut di Kelantan adalah yang kedua tertinggi dalam negara mengikut Kementerian Kesihatan tahun lalu.

“Kebanyakan anak-anak yang mengalami masalah tumbesaran kerana ibu mereka miskin, ibu tunggal dan tidak memiliki pelajaran tinggi, mereka tidak dapat ikut cara pemakanan yang betul hingga melahirkan anak yang bantut,” dipetik Utusan Online hari ini.

Dr Hamid berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Hari Dietitian Malaysia Kelantan 2018 di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak kerajaan memikirkan langkah untuk membantu ibu hamil bagi mengelak tumbesaran kanak-kanak terbantut.

“Contohnya mengikut kaedah Thailand yang menyediakan kad baucer makanan mereka di mana ia khusus untuk membeli makanan tertentu sahaja seperti daging, susu, beras dan roti sesuai untuk keperluan ibu,” jelasnya lagi.

 

Loading...