Bagi mereka menonton acara Olimpik yang bersiaran pastinya pernah melihat satu kotak panjang diberikan kepada pemenang selepas pingat disarungkan.
Ramai yang berteka-teki akan isi dalam kotak tersebut, malah ada berseloroh bahawa ada makanan atau mini menara Eiffel.
Rupanya semua sangkaan adalah salah apabila seorang atlet yang memenangi pingat emas membuat keputusan untuk membuka ia bagi tontonan ramai.
Menerusi TikTok, atlet kayak Australia, Jessica Fox yang memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik Paris tampil mendedahkan isi kotak tersebut.
Rupanya isi kotak tersebut adalah poster rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 edisi atlet dan mempunyai bahagian dalam corak metalik dengan warna pingat yang dimenangi.
“Ramai yang tertanya apa yang ada dalam kotak diberi kepada para pemenang. Kebiasaannya akan dapat anak patung atau bunga.
“Tapi kali ini adalah lebih unik kerana kami diberikan poster Sukan Olimpik Paris 2024 edisi atlet.
“Di sini juga satu butiran kecil, untuk saya adalah warna emas, tapi bergantung kepada pingat dimenangi, ia boleh jadi gangsa atau perak,” katanya dalam video di TikTok.
Netizen mengucapkan terima kasih kepadanya kerana merungkai misteri mengenai isi kotak tersebut.
“Ini adalah lebih baik daripada bunga, boleh dibingkaikan dan dikongsi bertahun lamanya.
“Mungkin ini adalah salah satu cara untuk penjimatan. Di acara olimpik tahun lain, atlet dihadiahkan bunga atau anak patung. Poster adalah langkah lebih jimat.
“Ini dikira satu naik taraf daripada hanya menerima bunga, boleh dijadikan latar belakang semasa pamer pingat di rumah nanti,” antara komen netizen.
Baca juga: Mengejutkan, pemenang emas Filipina dedah ibu bolot semua wang kemenangannya sejak 2020