Malaysia Dateline

MITI: Ada ringing tetapi tiada orang jawab

Ketika Penasihat Kesihatan Perdana Menteri, Dr Jemilah Mahmod memberikan amaran agar pemilik restoran tidak mengulangi apa yang berlaku di sebuah restoran terkenal di Bangsar, beliau meninggal satu mesej negatif kepada Menteri Kanan, Mohamed Azmin Ali.

Senarai hotline kementerian yang diberikan oleh Penasihat Kesihatan kepada Perdana Menteri.

Kementerian di bawah jagaan beliau, Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak menjawab panggilan telefon walaupun mempunyai nombor hotline.

Inilah yang Dr Jemilah tinggal pada twitter beliau, ketika memberikan pesanan kepada orang ramai khasnya pemilik restoran.

“Kalau PKP belum dilonggarkan & restoran begini, rakyat tolong lah call hotlineĀ  @KPDNHEP. Para pemilik restoran & biznes lain harap ambil perhatian agar lesen tidak di tarik balik #KitaJagaKita. Semua nombor hotline Di sertakan,” tulis Dr Jemilah.

Beliau menyertakan senarai nombor hotline yang boleh dihubungi oleh rakyat termasuk nombor Hotline di MITI.

Ketika di nombor kementerian lain dicatatkan sedia bertugas 24 jam, 0800 hingga 1000 dan sebagainya tetapi untuk MITI, “ADA RINGING TTP TIADA ORG JAWAB.”

Kini, senarai nombor hotline yang diberikan oleh Penasihat Kesihatan PM ini disebarkan oleh orang ramai untuk panduan mereka dan setengahnya untuk memalukan Azmin sebagai Menteri MITI.

Ketika berkicau ditwitternya, Dr Jemilah kesal dengan apa yang berlaku di restoran berkenan tetapi menurut sumber ia berlaku minggu lalu dan telah diperbetulkan oleh pemilik restoran berkenaan.

Menurut sumber itu, polis telah mengambil tindakan ekoran tularnya gambar itu dan pemiliknya kini telah mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).