Malaysia Dateline

MITI benarkan sektor kritikal beroperasi di kawasan PKPD di Selangor mulai hari ini

Sektor kritikal yang menyokong pengeluaran produk kesihatan, makanan dan minuman serta rantaian bekalan global dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD negeri Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah mengadakan perbicangan lanjut dengan Menteri Kewangan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

MITI juga memaklumkan sektor elektrikal, elektronik (E&E) dan rantaiannya; Sektor Aeroangkasa (Penyelenggaran, pembaikan, pemulihan; sektor mesin dan peralatan khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan dibenarkan beroperasi di lokaliti yang dikenakan PKPD di Selangor bermula hari ini.

Menurut MITI keputusan ini dibuat berikutan peranan sektor-sektor ini yang penting da signifikan dalam menyokong usaha produk-produk di dalam rantaian bekalan globa serta pengeluaran kritikal bagi sektor kesihatan dan makanan minuman di dalam negara.

Syarikat-syarikat di dalam sektor berkenaan boleh memulakan semula operasi dengan menggunakan surat kelulusan COVID-19 Inteligent Management System (CIMS) 3.0 sedia ada.