Malaysia Dateline

MKM akan dijenamakan semula menjadi Institut Koperasi Malaysia

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan dijenamakan semula kepada Institut Koperasi Malaysia (IKM) bagi tujuan untuk lebih berdaya maju dalam bidang pengkoperasian di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr Hatta Ramli berkata, satu rang undang-undang pindaan Akta Maktab Koperasi Malaysia (Akta MKM) sudah dipinda dan diletakkan di bawah kementerian pada 2 Julai lepas.

Katanya, pindaan kepada akta koperasi ini dilakukan dari segi penggunaan bahasa Kebangsaan kerana sebelum ini segala pindaan membabitkan akta ini dibuat dalam bahasa Inggeris.

“Kali ini dilengkapkan pindaan ke atas akta ini dalam bahasa Melayu Tujuan pindaan untuk menyelaraskan undang-undang di Malaysia dalam versi bahasa Melayu dan bahasa  Inggeris.

“Selain itu pindaan ini juga menperutukan perubahan nama Maktab Koperasi Malaysia (MKM) kepada Institut Koperasi Malaysua (IKM),” ujarnya dalam sidang media yang diadakan dilobi Parlimen hari ini.

Dr Hatta berkata, penukaran MKM kepada IKM bukan sekadar kerana mengisi keperluan dalam pindaan akta sedia ada tetapui bertujuan untuk meningkatkan peranan MKM.

“Kita mahu MKM menjadi pusat latihan koperasi yang profesional sebagai sebuah ‘institut’ dalam proses pembinaan sebuah institusi.

“Kita akan mempertingkatkan infrastruktur, sumebr manusia, teknologi dan pelbagai lagi aspek pendidikan berbanding fungsi sebuah maktab yang lama,” ujarnya.

Beliau menegaskan koperasi amat perlu dinaiktaraf kerana ia adalah penggerak utama ekonomi Malaysia.

“Koperasi perlu ditadbir dikalangan profesional maka kita jadikan institusi yang mana akan ada pensijilan yang bakal diiktiraf peringkat tempatan dan antarabangsa dan akan membuka peluang kerjaya kepada generasi muda.

“Dijangka tahun depan kita akan tambah pindaan ini untuk jadikan institut lebih berdaya maju sebagai pusat kecemerlangan,” ujarnya yang turut berkata, ia telah dilakukan oleh beberapa negara seperti di Jepun dan Sepanyol yang mana masyarakatny menganggap koperasi sebagai satu program ekonomi yang penting,” terangnya.

MKM setakat ini mempunyai lima kampus utama di seluruh negara.