MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?

MO1 bercakap kepada dirinya sendiri?

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin berpendapat Malaysia Official 1 (MO1) merujuk kepada diri pemimpin yang terpalit dengan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sendiri apabila menyebut tentang keengganan sesetengah pihak untuk bersara.

Ahli parlimen Sepang itu berkata, sindiran MO1 itu ketika Malaysia dikatakan tersenarai sebagai negara yang memiliki persaraan terbaik di dunia dilihat bukan merujuk kepada Tun Mahathir seperti dijangka banyak pihak.

“Ramai juga orang yang mengatakan MO1 mungkin merujuk atau sindir antara lain kepada Tun M sebab dia tak sebut sebarang nama.

“Maaf, saya berbeza pendapat. Saya rasa dia mungkin rujuk kepada diri dia sendiri,” ujarnya berhubung ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam program ‘Sepetang bersama Perdana Menteri di Taman Tugu Kuala Lumpur’, kelmarin.

{loadposition myposition}

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu dilapor mengesahkan MO1 yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ialah Najib.

Menyangkal tanggapan hanya orang gila sahaja bercakap merujuk kepada dirinya sendiri, Hanipa bagaimanapun secara sinis menyifatkan terdapat pelbagai jenis gila termasuk gila kuasa.

“Bila saya kata begitu, ada orang kata hanya orang gila saja bercakap merujuk kepada dirinya sendiri. Saya jawab balik ‘gila ni macam-macam jenis sheikh, ada juga yang gila kuasa’.

“Tiba-tiba saya teringat dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh seseorang, ‘kita bukan gila kuasa tapi kita nak ambil kuasa daripada orang gila’,” tambahnya lagi dipetik dari status Facebook peguam itu.

CATEGORIES
TAGS