Malaysia Dateline

MOA rangka polisi baru perikanan laut dalam

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan merangka beberapa polisi baharu dalam sektor perikanan bagi mengekang penyalahgunaan lesen kapal perikanan laut dalam di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata langkah itu termasuk menghentikan kegiatan vesel-vesel yang menyalahgunakan lesen mereka.

“Kita harus bertindak tegas untuk menenggelamkan atau menghapuskan vesel-vesel yang bukan sekadar vesel asing masuk tetapi vesel sedia ada sekiranya mereka melanggari peraturan yang harus kita kuatkuasakan,” katanya.

Sebelum itu ketika menjawab soalan lisan Datuk Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) bertanyakan sejauhmana kementeiran memnambah hasil tangkana ikan laut dalam di Malaysia yang ditawarkan kepada nelayan laut dalam.

Salahuddin (PH-Pulai) berkata, kementerian mensasarkan pendaratan perikanan tangkapan marin pada tahun 2020 berjumlah 1.5 juta tan metrik berbanding tahun 2018, jumlah pendaratan perikanan laut dalam dianggarkan sebanyak 259,801 tan metrik bernilai RM1.47 bilion. iaitu 17 peratus daripada pendaratan ikan.

“Sejumlah 1,138 vesel penangkapan ikan laut dalam dilesenkan dan masih aktif beroperasi, Terdapat sebanyak 9 buah kompleks pendaratan perikanan laut dalam telah dibangunkan. Diantaranya adalah Kompleks Perikanan Kuala Perlis, Tok Bali, Kuantan dan lain-lain.

“Pelan Strategik Pengurusan Perikanan Tangkapan Malaysia (2015-2020) menggariskan pembangunan industry Perikanan tangkapan secara cekap dan mampan, memperkukuhkan infrastruktur perikanan tangkapan serta membangunkan sumber manusia khusus untuk perikanan laut dalam,” ujarnya.

Katanya lagi, buat masa ini, insentif yang disediakan oleh Kerajaan melalui kementeriaannya, pelaburan dan pembelian vesel laut dalam adalah Insentif Pengecualian Cukai Pendapatan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Selain itu, pemilik vesel zon B dan C juga layak untuk menerima Insentif Hasil Tangkapan Ikan sekiranya mendaratkan dan mengisytiharkan ikan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan jeti-jeti Kerajaan yang terpilih dengan kadar 10 sen sekilogram