Mohamad akan beri tumpuan pada isu tanah ATM yang tergadai

Mohamad akan  beri tumpuan pada isu  tanah ATM yang tergadai

Presiden AMANAH merangkap Menteri Pertahanan dilantik Mohamad Sabu berkata, beliau akan menumpukan kepada isu membabitkan Kementerian Pertahanan.

“Antaranya saya akan cuba dapatkan laporan terutama mengenai tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan tergadai,” ujarnya ringkas ketika ditemui media selepas diumumkan antara menteri kabinet baharu Pakatan Harapan hari ini.

Ditanya mengenai sebab beliau dilantik memegang jawatan itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, beliau tidak tahu sebab diberikan tanggungjawab memegang portfolio itu.

“Saya tidak tahu, itu kena tanya Dr Mahathir,” ujarnya.

Hari ini Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat khas untuk melantik 10 nama menteri kabinet baharu sebagaimana diumumkan semalam.

Bagaimanapun Majlis Presiden hanya menentukan 3 nama bagi mewakili tiga kementerian utama antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir turun memberitahu Pakatan Harapan akan melantik 15 lagi menteri kabinet yang akan turut disertai Parti Warisan di Sabah dan di Sarawak.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
5 user votes x 8.0