Malaysia Dateline

Mohamad Alamin calon BN di PRK Kimanis

BN mempertaruhkan bekas Adun Bongawan, Mohamad Alamin sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang dijadualkan pada 18 Jan.

Memetik laporan Malaysiakini hari ini, Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin berkata, DatukĀ  Mohamad Alimin, 48 dipilih selepas kaji selidik dijalankan di kalangan akar umbi bagi memilih calon terbaik untuk mewakili BN.

Mohamad, yang juga Ketua Umno bahagian Kimanis memenangi kerusi DUN Bongawan pada pilihan raya umum (PRU) 2013 tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU berikutnya.

Sementara itu, difahamkan dua pemimpin bahagian Warisan sedang mengintai untuk bertanding di kerusi Kimanis.
Salah seorangnya adalah ketua bahagian Kimanis, Karim Bujang, yang memfailkan petisyen pilihan raya selepas beliau ditewaskan calon BN, Anifah Aman pada PRU 2018.

Calon lain ialah Daud Yusuf, bekas Adun Bongawan dan pembantu menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Daud juga merupakan Ketua Penerangan Warisan Bahagian Kimanis.

Bongawan merupakan salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah parlimen Kimanis.

Anifah memenangi kerusi Kimanis dengan yang majoriti tipis sebanyak 156 undi pada PRU ke-14.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah di kerusi Parlimen Kimanis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 4 Jan, pengundian awal pada 14 Jan, manakala hari mengundi pada 18 Jan.