Mohamad Fuzi dilantik Ketua Polis Negara baharu

Mohamad Fuzi dilantik Ketua Polis Negara baharu

Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (Gambar kanan) adalah Ketua Polis Negara yang baharu.

Mohamad Fuzi, 58, mengambil alih jawatan hari ini untuk menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara mandatori,hari ini.

Penyerahan tugas bagi jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia itu dilakukan di di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad Fuzi menyertai Polis Diraja Malaysia pada 8 Januari 1984, sebagai kadet ASP (penolong penguasa polis) di Pulapol.

CATEGORIES
TAGS