Malaysia Dateline

Mohamad Hassan hadir ke mahkamah ikuti kes rayuan Dun Rantau

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bagi mengikuti penghujahan kes rayuan pengisytiharan kemenangan beliau di kerusi Dewan Undangan Negarai (Dun) Rantau terbatal dan tidak sah.

Beliau yang diiiringi penyokong serta ahli keluarganya tiba di mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi seperti dilapor MG hari ini.

Turut bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilihat duduk di sebelah Mohamad sebagai memberi sokongan menjelang proses rayuan yang akan didengar Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan.

Barisan peguambela Mohamad diketuai Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun.

Turut kelihatan bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohamad menang kerusi DUN Rantau tanpa bertanding selepas petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram masuk untuk menyerahkan borang pencalonan.

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu Streram memfailkan petisyen di Mahkamah Seremban bagi memohon kemenangan Mohamad Hasan diisytiharkan tidak sah dan terbatal.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya Seremban memutuskan kemenangan Mohamad pada PRU lalu tidak sah dan terbatal danl mengarahkan SPR mengadakan PRK.

Mohamad telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan itu