Mohamad ke China tinjau pembuatan kapal TLDM, hadiri Forum berkaitan ancaman dan tindakan keganasan

Mohamad ke China tinjau pembuatan kapal TLDM, hadiri Forum berkaitan ancaman dan tindakan keganasan

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Republik Rakyat China (RRC) sehingga 26 Oktober 2018 bagi lawatan kerja selama 4 hari di Republic Rakyat China (RRC).

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memberitahu, Mohamad dalam rangka lawatan pada hari pertama hari ini, telah melakukan upacara Keel Laying
Littoral Mission Ship 1 (LMS 1) dan First Steel Cutting LMS 2 di limbungan pembuatan kapal di Wuhan, China.

Katanya, Malaysia dengan kerjasama China terlibat dalam pembinaan 4 buah kapal LMS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mana
2 buah kapal dibina di China dan dua buah dibina di Malaysia melibatkan perkongsian serta perpindahan teknologi diantara kedua negara.

“Ini merupakan projek perolehan aset pertahanan TLDM daripada negara China bagi merealisasikan Program Transformasi Armada 15to5,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut diiringi Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dalam rangka lawatan selama tiga hari ke China.

Mohamad juga dijadual akan menghadiri 8th Beijing Xiangshan Forum di Beijing adalah bagi memenuhi jemputan pihak RRC serta menghargai hubungan baik yang telah terjalin antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pertahanan Nasional, RRC.

Mohamad dijadualkan akan memberi ucapan bertajuk “Terrorism Threats and
Countermeasures” yang dijadualkan pada 25 Oktober 2018 di forum tersebut.

“Menteri Pertahanan juga akan mengadakan pertemuan dengan Naib
Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat Xu Qiliang, dan Jeneral Wei Fenghe Menteri Pertahanan Nasional RRC.

“Pertemuan yang telah dijadualkan ini akan memberi peluang kepada YB Menteri Pertahanan untuk berinteraksi dengan lebih terbuka dengan pemimpin
tinggi RRC sebagai salah satu usaha bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan antara
Malaysia dan RRC.

“Lawatan kerja ini dilihat sebagai salah satu platform penting serta komitmen kedua-dua negara dalam mengukuhkan lagi jaringan kerjasama menerusi diplomasi pertahanan dalam memastikan kedaulatan negara dan kestabilan di rantau ini sentiasa terpelihara,” ujar kenyataan itu.