Mohamad kunjungi kediaman Dr Yusuf al-Qaradawi

Mohamad kunjungi kediaman Dr Yusuf al-Qaradawi

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkesempatan bertemu dengan ulama kontemporari Islam Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi di kediamannya di Qatar semalam.

Pertemuan itu diadakan dalam perjalanan pulang Mohamad dari New York ke Malaysia.

Beliau yang memuat naik beberapa keping gambar dalam pertemuan itu, turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Yusuf yang sudi menerima kunjungannya bersama isteri Normah Alwi.

“Terima kasih kepada Syeikh yang sudi menerima kunjungan kami.

“Semoga Allah terus memberikan kesihatan dan keberkatan kepada usaha beliau memberi manfaat kepada ummah.

“Saya berkongsi perkembangan semasa di Malaysia, perjalanan UNGA serta isu-isu Asia Barat dan negara Islam,” ujarnya seperti dipetik dii laman facebooknya hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan, mengikuti rangka lawatan kerja delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Amerika Syarikat selama lima hari pada 23 hingga 29 September lepas.

Ketika di Amerika Syarikat Mohamad bertemu rakan sejawatnya yang juga Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Norman Mattis diikuti lawatan kerja ke New York bagi menghadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi berhubung Action For Peacekeeping.

Beliau turut mengiringi Dr Mahathir dalam Sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Lawatan kerja Menteri Pertahanan ke Washington DC merupakan susulan pertemuan beliau dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di Singapura pada Jun lalu.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk menyambung perbincangan berkaitan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia – Amerika Syarikat.

Turut lawatan kerja Menteri Pertahanan ialah Panglima Angkatan Tentera , Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin selian menteri-menteri kabinet, ahli-ahli perniagaan Malaysia.

8.7
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS