Mohamad lancar misi bantuan bencana Pemuda AMANAH di Palu

Mohamad lancar misi bantuan bencana  Pemuda AMANAH di Palu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) melancarkan Misi Bantuan Bencana Palu Pemuda Amanah Malaysia hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan beliau menyokong penuh usaha Pemuda Amanah untuk melancarkan misi bantuan ini.

“Pasukan penyelamat ini diketuai oleh Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan dan dianggotai oleh 12 orang yang turut serta, 2 orang doktor, 2 orang jurutera, 2 orang wartawan dan 6 orang aktivis.

“Ini merupakan pasukan pertama yang dihantar, jadi mereka akan membuat tinjauan serta dapatkan keperluan untuk membantu mangsa,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sehubungan dengan itu, Muhamad Sabu menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membantu mangsa bencana alam tersebut.

“Buat masa sekarang kita ada sediakan Tabung Kebajikan Pemuda Amanah bagi sesiapa yang ingin membantu meringankan beban mangsa,”

“Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap mangsa-mangsa bencana saya rasa ini merupakan tanggungjawab semua orang lebih-lebih lagi Indonesia merupakan negara jiran kita,”ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyampaikan sumbangan ikhlas di akaun Maybank Tabung Kebajikan Pemuda Amanah bernombor 562834641808.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote