Malaysia Dateline

Mohamad Mat Yusop Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan pertukaran beberapa pegawai-pegawai kanan polis yang berkuatkuasa 22 Julai, termasuklah Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop, yang dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu.

Perkara ini maklumkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad yang satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam kenyataan berasingan, mengumumkan pelantikan Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman Datuk Mohamed Farid bin Abu Hassan Pengarah Cawangan Khas yang baharu berkuat kuasa 17 Jun.

Menurut Asmawati, pertukaran turut melibatkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor Supt R. Sundralingam, yang akan menjadi Ketua JSJN Selangor yang baharu dengan memangku pangkat ACP.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pahang, Supt Kama Azural Mohamed pula diangkat sebagai Ketua Polis Daerah Raub, Pahang.

Ketua Polis Daerah Raub sekarang, Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu akan menjadi Ketua Jabatan Pengurusan, Pahang dengan memangku pangkat ACP.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Terengganu, Supt Mohd Said Ibrahim akan bertukar menjadi Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban sekarang, ACP Thiew Hock Poh pula akan berpindah ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Negeri Sembilan.

— BERNAMA