Malaysia Dateline

Mohamad Sabu pula turun ke Temerloh bantu mangsa banjir

Selepas Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli, kini Presiden AMANAH Mohamad Sabu pula turun ke Temerloh bagi membantu mangsa banjir.

“Saya kini di Temerloh. Bergerak sejurus selepas solat subuh tadi. Mendengar taklimat di Pusat Operasi Banjir Parti Amanah Negara mengenai keadaan di Mentakab dan Temerloh yang teruk dilanda banjir.

“Insya Allah kita cuba membantu rakyat Pahang yang terjejas,” kata Mohamad dalam sidang media selepas mendengar taklimat banjir di Bilik Gerakan Banjir AMANAH Temerloh.

Beliau menyeru menyeru seluruh anggota dan sayap parti AMANAH untuk menyusun petugas membantu mangsa banjir di sini.

“Juga kepada NGO dan sukarelawan. Insya Allah petang ini akan balik ke Kota Raja,” kata Mohamad yang merupakan ahli Parlimen Kota Raja itu.

Ahli Parlimen Temerloh dari AMANAH, Mohd Annuar Tahir tidak sihat untuk mengendalikan bantuan banjir untuk penduduk Temerloh.

Ekoran itu, pemimpin AMANAH dari luar Temerloh turun ke kawasan yang  teruk dilanda banjir itu.