Mohamad Sabu temui Qaradhawi dalam lawatan ke Doha, Qatar

Mohamad Sabu temui Qaradhawi dalam lawatan ke Doha, Qatar
Mohamad Sabu (kiri) bersamaSheikh Dr Ysuf Al-Qaradhawi dalam satu pertwmuan malam tadi,- Foto FB Yusuf Al-Qardhawi

Dakwaan Presiden Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, bahawa rakyat haram sokong Parti Amanah Negara  (AMANAH) kerana fatwa yang dikeluarkan Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi adalah tidak benar sama sekali.

Perkara itu dijelaskan sendiri bekas pengikut setia Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini adalah ahli AMANAH Ahmad Sayuti Basiron.

Beliau berkata dalam satu pertemuan antara Dr Yusuf Al-Qaradhawi dengan Presiden AMANAH Mohamad Sabu di Doha, Qatar semalam, jelas terbukti fitnah yang dibawa oleh pemimpin Pas sebelum ini adalah tindakan terdesak parti itu meraih sokongan.

“Kenyataan dalam ceramah politik oleh Tok Guru sebelum PRU14 lalu, bahawa rakyat haram sokong dan haram bersama Parti Amanah Negara (Amanah) disebabkan “dikatakan” Syeikh Dr Yusuf alQaradhawi telah berfatwa “haram” pada parti itu melalui sekeping surat kepada Tok Guru adalah satu Fitnah yang sangat besar oleh seorang ahli politik yang sungguh desparade menjual agama demi pengaruh dan kuasa.

“Saban hari kita saksikan segala jenis perbohongan terpacul dari mulutnya, atas kebencian politik yang meluap itu.

“Masa saya jawab pada Tok Guru, bahawa pelbagai pimpinan AMANAH sudah berjumpa dan bertanya sendiri pada beberapa Syeikh yang dituduh oleh Tok Guru itu, yang kesemua mereka menafikan tuduhan Tok Guru itu, tidak sedikit pun terkeluar dari mulut Tok Guru kalimah kemaafan atau taubat atas dosa berbohong itu.

“Melainkan hanya sebut ‘ana tahu, enta tak tahu’,” ujarnya dalam status dimuat naik di facebook hari ini.

Katanya lagi, inilah salah satunya cabaran dalam pembinaan semula Malaysia Baru hari ini.

“Kita berhadapan dengan serombolan puak yang diindoktrinasikan atas kebencian politik bersangatan (ghulluw) melalui lidah-lidah orang agama yang berbohong,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pertemuan Menteri Pertahanan itu yang ditemani lFadhil Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi bersama Qaradhawi di Doha (Qatar) malam tadi, adalah penting salain untuk nasihat, adalah bagi memberikan pencerahan pada cabaran semasa Negara yg dilalui kini, katanya.

Dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Mohamad Sabu, Amin Iskandar, menteri pertahanan itu ke Doha atas urusan peribadi selama tiga hari.