Saya lebih selesa dipanggil Abang Mat, kata Mohamad Sabu

Saya lebih selesa dipanggil Abang Mat, kata Mohamad Sabu

Mohamad Sabu mengakui beliau semakin selesa menjalankan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan sejak dilantik barisan menteri kanan kerajaan Pakatan Harapan.

“Semakin hari, saya semakin selesa dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.Rasa kekok pun semakin berkurangan,” ujarnya di dalam twitternya.

Semalam Utusanonline dalam satu wawancara khas dengan Presiden AMANAH dipetik melaporkan Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu selesa sekiranya sesiapa yang menyapanya memanggilnya ‘Abang Mat’ atau  ‘YB’ walaupun beliau tidak kisah dengan panggilan lain asalkan ia selesa untuk pihak berkenaan.

Tetapi  beliau lebih lebih selesa dipanggil sebagai Abang Mat.

“Kalau awak panggil saya dengan panggilan apa? Panggillah Abang Mat,” jawab Mohamad kepada wartawan dalam wawancaran khas di Kementerian Pertahanan, semalam, seperti dipetik.

Ketika ditanya apakah yang dimaksudkan `Gaya Mat Sabu’ yang mahu dikekalkan, Mohamad berkata, beliau suka melepak di kedai kopi dan berbual dengan orang ramai.

“Kalau saya rasa nak singgah kedai kopi, saya akan singgah dan berbual dengan orang ramai,” katanya.

Kata Mohamad, beliau juga lebih gemar bekerja dalam suasana gembira dengan gelak ketawa dan cara itu dapat mengelakkan tekanan dalam menjalankan tugas seharian.

Dalam pada itu Mohamad berkata, beliau memang gemar memasak dan antara menu istimewa yang sering dimasak ialah nasi daging dan gulai.

Mohamad berjanji akan menjemput para wartawan bagi menikmati masakannya apabila beliau siap berpindah ke rumah yang disediakan oleh kerajaan kelak.

Mohamad mengakui sudah semakin selesa dengan tugas sehariannya sebagai Menteri Pertahanan dan rasa kekok semakin berkurangan.

“Kita kahwin pun rasa kekok cuma seminggu sahaja,” katanya disambut ketawa oleh para wartawan.

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS