Mohamad seru rakyat sokong perjuangan kembalikan hak rakyat Palestin

Mohamad seru rakyat sokong perjuangan kembalikan hak rakyat Palestin

Parti AMANAH Negara (AMANAH) menyeru semua rakyat negara ini memperjuangkan dan menyokong perjuangan mengembalikan hak rakyat Palestin daripada terus dikuasai oleh kuasa Amerika Syarikat dan Israel.

Presidennya Mohamad Sabu melahirkan rasa simppatinya kepada rakyat Pallestin apabila negara-negara Arab tidak lagi menjadi benteng menghalang kemaraan Zinois dari bumi Palestin.

“Semua rakyat negara ini diseru untuk terus membela penduduk Palestin yang menjadi pelarian dapat pulang ke tanah air mereka
semula.

“Apa yang kita sedih, negara-negara Arab banyak menjadi tali barut kepada Amerika dan Israel dan bukan lagi menjadi benteng ummah bagi menghalang Zionis dari terus merampas tanah
Palestin.

“Selagi dunia Arab dan umat Islam berpecah dan berperang sesama sendiri, selagi itulah Israel akan terus bermaharajalela dan mengembangkan wilayah yang mereka kuasai,” ujarnya dalam kenyatana malam ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan dilantik itu dalam kepimpinan baharu kerajaan Pakatan Harapan, turut menyeru semua rakyat bangkit memperjuangkan dan menyokong untuk mengembalikan rakyat Palestin ke tanah air mereka semula.

“Wujudnya negara haram Israel adalah melalui rampasan tanah-tanah daripada penduduk Palestin yang berbagai agama dan keturunan.

“Peristiwa Nakbah 15 Mei 1948, memperlihatkan betapa kekejaman terbesar regim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kumpulan pengganas Haganah memainkan peranan dengan merampas tanah penduduk Palestin menguasai kebun-kebun dan menghalau penduduk Palestin bermula tahun 1946 sehibgga 1948 dan menubuh negara yang kemudiannya diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Perluasan wilayah oleh regim haram Israel terus merebak dengan disokong kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah.

“Setelah menjadikan Tel Aviv sebagai ibu negara, mereka berusaha pula menjadikan Baitul Maqdis atau Jerusalem sebagai  ibu negara mereka,” terang beliau.

Pada Isnin Sekali lagi tentera Israel mempamer kekejaman kepada dunia apabila 55 rakyat Palestin menjadi korban terbaharu di sempadan Gaza dalam pertempuran yang meletus susulan perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis.

Kesemua mangsa maut ditembak dalam pertempuran ganas di lima kawasan sepanjang sempadan Gaza – Israel.

Antara mangsa yang maut ialah remaja 14 tahun, manakala hampir 3,000 yang lain cedera terkena tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim.

Tunjuk perasaan membantah pemindahan kedutaan Amerika itu berjalan serentak dengan ‘Perarakan Pulang Besar-Besaran’ yang dirancang berlangsung enam minggu sejak 30 Mac lalu dan disifatkan paling dahsyat dalam konflik Palestin-Israel sejak Perang Gaza pada tahun 2014.

Semalam Rakyat Palestin terus berhimpun bersempena Hari Nakba, hari di mana Israel mengusir lebih 700,000 rakyat Palestin dari tanah air mereka pada 1948.

Baitul Maqdis adalah kota suci bagi semua agama samawi lebih-lebih lagi umat Islam kerana di sana terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan berlakunya pertistiwa israk mikraj Nabi Muhammad SAW.

Usaha untuk memindahkan ibu negara Israel daripada Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah membuktikan keangkuhan dan kesombingan regim Zionis.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS