Mohamad ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir

Mohamad ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyatakan salam takziah kepada anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut ketika melakukan gimik demontrasi penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), pagi tadi.

Allahyarham yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, A.R Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi

“Saya merakamkan simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya berharap keluarga kepada Allaharyam tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini. Saya juga mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai bagi menghormati keluarga Allahyarham,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini media melaporkan Seorang pegawai tentera Grup Gerak Khas meninggal dunia dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah.

Berikutan itu, Mohd Zahir terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.