Mohamad ziarah Anwar di PPUM

Mohamad ziarah Anwar di PPUM

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sempat menziarahi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perubatran Universiti Malaya (PPUM) selepas menghadari Rumah Terbuka AMANAH Pulau Pinang, semalam.

Mohamad yang juga Presiden AMANAH itu memuat naik sekeping gambar bertemu Anwar di laman facebooknya.

“Saya dan isteri meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebentar tadi. Semoga pejuang rakyat ini segera diberi kesembuhan,” ujarnya.

Turut hadir isteri Mohamad, Norma Alwi.

Anwar yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah masalah bahu kanan serta bahagian belakang beliau selepas beliau pulang dari Turki pada 24 Jun lalu.

Sejak beliau dimasukkan ke hospital beberapa pimpina turut hadir antaranya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan.

Pada Sabtu turut hadir menziarahi Anwar ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Anwar dalam tulisannya di facebook mengucapkan terima kasih kepada dua pemimpin DAP itu kerana mengunjunginya.

” Bila Menteri Kewangan berjumpa mantan Menteri Kewangan, pasti banyaklah yang dibincang. Di sela masa tersebut, saya titip beberapa pandangan dan nasihat. Teruskan agenda pembaharuan, YB,” ujarnya.