Mohamed Hanipa akan jalani pembedahan malam ini

Mohamed Hanipa akan jalani pembedahan malam ini

 

 

 

 

 

 

 

 

Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan di Dewan Rakyat petang tadi akan menjalani pembedahan malam ini.

Mohamed Hanipa MaidinPresiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan di Dewan Rakyat petang tadi akan menjalani pembedahan malam ini.

Mohamed Hanipa petang tadi rebah di Dewan Rakyat dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas  pengsan secara tiba-tiba. 

Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Amanah itu dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.

“YB Sepang, Hanipa Maidin dikejar ke IJN sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan segera sembuh,” kata Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak lewat petang tadi.

Sementara itu, Pegawai Parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110. Difahamkan juga beliau akan menjalani pembedahan malam ini.

Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik foto insiden berkenaan di laman sosial Twitter beliau.

Mohamed Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara tahun lalu.

TAGS