Mohamed Salah diberi penghormatan jadi warganegara Chechnya

Mohamed Salah diberi penghormatan jadi warganegara Chechnya

Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov memberikan penghormatan kepada penyerang pasukan bola sepak Mesir Mohamed Salah untuk menjadi warganegara Chechnya dalam satu majlis jamuan yang diadakan sempena Piala Dunia, lapor Al-Jazeera.

Selepas menyampaikan ucapan ringkas pada majlis berkenaan Jumaat lalu, Kadyrov menyematkan lambang bendera Chechen pada pakaian sukan penyerang Mesir itu sebagai simbol pengormatan.

Salah kemudiannya diberikan piring bersadur perak dan sepasang baju T pasukan bola sepak Chechen FC Akhmat Grozny, sebuah kelab yang diberi nama sempena bapa Kadyrov.

“Mohamad Salah adalah warganegara kehormat Republik Chechen. Ya, itu betul. Malam ini saya mendatangani watikah mengisytiharkan tawaran itu kepada pemain bola sepak hebat, anggota pasukan Mesir dan Liverpool itu,” tulis Kadyrov dalam akaun Telehgramnya.

Chechenya merupkan host bagi pasukan Mesir sebagai tempat laitan bagi Piala Dunia dan Kadyrov yang disokong oleh Kremlin menggunakan kesempatan tersebut untuk muncul di samping Salah, pemain bola sepak yang terkenal di peringkat antarabangsa itu.