Malaysia Dateline

Muhammad Adib wira negara, pengorbanan besar anggota bomba

Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan dikenang sebagai wira negara kerana komitmen serta dedikasi beliau menyahut seruan tugas tanpa soal dan meletakan tanggung jawab menjalankan tugas sebagai suatu keutamaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Senator Datuk Raja Bahrin Kamarul Bahrin Shah berkata, kembalinya kerahmatullah Mohammad Adib malam tadi, selepas tiga minggu berjuang nyawa amat dirasakan.

Ini susulan berlakunya insiden beberapa bulan selepas kehilangan 6 orang anggota bomba lain yang terkorban dalam misi cuba mencari dan menyelamat mangsa lemas di Selangor.

“Tragedi ini menunjukkan dedikasi serta pengorbanan besar anggota Bomba dalam usaha menyelamat dalam apa jua keadaan tanpa memikirkan risiko yang di tempuhi,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru Raja Kamarul Bahrin mengajak semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama untuk bersama mendoakan semoga roh wira-wira Negara di tempatkan Allah di kalangan para solehin yang terpilih.

“Semoga pemergian Allahyarham Muhammad Adib di kenang dan di ikuti dengan unsur elemen positif kerana pemergian Allahyarham adalah untuk melakukan kebaikan untuk Masyarakat supaya sebuah Negara yang lebih baik dan selamat boleh di bina.

“Semoga kita terus berdoa keatas Roh Allayarham Muhammad¬† Adib serta rakan rakan Bomba dan Pasukan Keselamatan lain yang telah terkorban demi cuba menegakkan kebaikan dan keselamatan untuk Negara. Biarlah pengorbanan mereka ini menjadi landasan untuk kita membina Negara yang lebih baik dan selamat dari segala aspek,” ujarnya.