Mohd Jidin ‘terpijak wayar’ bila sokong Razif secara terbuka

Mohd Jidin ‘terpijak wayar’ bila sokong Razif secara terbuka

 

Tindakan Datuk Mohd Jidin Shafee membuat kenyataan terbuka menyokong Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman umpama 'terpijak wayar elektrik' bagi sesetengah pihak kerana beliau menyokong orang yang tidak digemari oleh Istana Terengganu.

Tindakan Datuk Mohd Jidin Shafee membuat kenyataan terbuka menyokong Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman umpama ‘terpijak wayar elektrik’ bagi sesetengah pihak kerana beliau menyokong orang yang tidak digemari oleh Istana Terengganu.

Bagi mereka, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri itu, seolah-olah telah mengeluarkan nama beliau dari senarai ‘calon MB baru’ selepas membuat kenyataan yang sudah pasti menghiris pihak istana itu.

“Mohd Jidin terpijak wayar nih bila sokong Razif. Baik-baik ada peluang langsung habis,” kata seorang pemimpin Umno kepada Malaysian Dateline.

Sebelum ini, Mohd Jidin disenaraikan sebagai salah seorang calon utama untuk dilantik sebagai MB baru jika Razif terpaksa digugurkan ekoran isunya dengan Istana Terengganu.

Ini berikutan tindakan istana menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada Razif termasuk ‘Datuk Seri’ mulai Jumaat lepas.

Mohd Jidin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu itu dalam kenyataannya berkata, kesemua Exco dan wakil rakyat negeri itu memberi sokongan penuh kepada pentadbiran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya, satu pertemuan antara wakil rakyat BN Terengganu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang bakal berlangsung esok terpaksa ditangguhkan.

Beliau meminta semua desas-desus dan spekulasi bersabit krisis Menteri Besar dihentikan.

Sebelum ini, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya berkata, ada tiga pilihan boleh dilakukan untuk menyelesaikan kemelut yang ada di Terengganu.

Pilihan itu adalah melantik MB baru, membuat kerajaan campuran khasnya dengan PAS atau yang ketiga membuat pilihan raya negeri semula.

Tindakan ke atas Razif menambahkan kekusutan di Terengganu selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengusulkan undi tidak percaya ke atas Razif sebelum ini namun ditolak oleh Speaker.

Baru-baru ini pula dua lagi Adun BN dikatakan menyokong beliau menjadi Adun Bebas. Ia menjadi Adun BN tinggal 14 berbanding dengan PAS (14), PKR (1) dan Bebas (3).

TAGS