Malaysia Dateline

Mohd Redzuan letak jawatan Pengerusi Boustead Holdings

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Boustead berkata Mohd Redzuan, 65, dilantik pada 3 Jan, 2022 dan sebelum itu beliau berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari 2018 hingga 2020 dan kemudiannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dari 2020 hingga 2021.

Mohd Redzuan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom dan memulakan kerjaya cemerlangnya sebagai jurutera dengan Esso Malaysia Sdn Bhd dan kemudiannya berkhidmat di Petronas Carigali Sdn Bhd.

Boustead turut mengumumkan peletakan jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi; dan pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Senator Datuk Seri Zurainah Musa, 61, berkuat kuasa 10 Jan, 2023.

Nonee Ashirin, 51, juga adalah Pengerusi Global Turbine Asia Sdn Bhd.

— Bernama

Baca juga : Padu habis! Aksi beregu Malaysia main badminton sambil duduk buat ramai kagum