Mohd Thaqif yang didera meninggal dunia

Mohd Thaqif yang didera meninggal dunia

Pelajar sekolah agama yang dipukul pembantu warden asramanya, Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail jam 2.05 petang ini.

Beliau yang sepatutnya menjalani satu lagi pembedahan pada tangannya pagi tadi terpaksa dibatalkan apabila keadaan jantung yang tidak berapa baik.

Thaqif yang didaftar masuk ke sebuah pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi pada 27 Januari lalu dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas akibat dipukul pembantu warden.

Kedua-dua kakinya yang dijangkiti kuman serta darah beku kemudiannya terpaksa dipotong dan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya, semalam.

Susulan itu, seorang pembantu warden direman empat hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.