‘Mohon untuk 150 gegantung tapi pasang lebih 1,000’

‘Mohon untuk 150 gegantung tapi pasang lebih 1,000’

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad memberitahu terdapat 150 permohonan untuk memasang gegantung pada program melibatkan Umno dan Pas pada 14 September ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, lebih 1,000 gegantung dipasang sekali gus menggambarkan tahap kejujuran pihak terbabit.

“Permohonan untuk 150 bunting sahaja. Tapi pasang 1,000 lebih. Kejujuran pejuang Islamlah katakan. Bab bunting pun nak menipu,” selarnya.

Sehubungan itu, Khalid secara sinis berkata, terang-terang berlaku eksploitasi agama di sebalik Himpunan Perpaduan Ummah itu.

“Beraraklah bersama dengan penipu-penipu yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka. Sudah terang lagi bersuluh atau tak pandai kira?” sindirnya.

Pengarah Komunikasi AMANAH itu memuat naik ciapan tersebut dalam akaun Twitter miliknya ketika membalas dakwaan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Rafii kononnya gegantung terbabit diturunkan atas arahan Khalid.

Banner Penyatuan Ummah diturunkan, walaupun sudah mendapat kebenaran DBKL!

“Jom kita berarak hantar Memorandum di DBKL pada 14 September selepas Piagam ditandatangani. Ini sabotaj kerajaan PH,” dakwa Razlan lagi.