Mokhtar Dahlan, bekas Exco Selangor meninggal dunia

Mokhtar Dahlan, bekas Exco Selangor meninggal dunia

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan meninggal dunia kira-kira pukul 3.34 pagi ini di Hospital Prince Court akibat kanser pankreas, lapor Utusan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan karajaan negeri Selangor ketika negeri itu di perintah Barisan Nasional (BN) itu dijangka akan dikebumikan sebelum Zohor.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

“Salam takziah kepada seluruh isi keluarga Allahyarham. Warga Subang amat bersedih dengan pemergian seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat, negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

TAGS