Moratorium bauksit: Orang kampung buat kerja, agensi kerajaan goyang kaki

Moratorium bauksit: Orang kampung buat kerja, agensi kerajaan goyang kaki

Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang sepatutnya mempunyai pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelak pihak tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan, tegas Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Sahrudin Mohd (dua dari kanan) ketika memberi taklimat isu bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan hari ini yang turut dihadiri pemimpin Amanah, PKR dan Umno.

Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang sepatutnya mempunyai pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelak pihak tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan, tegas Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

Menurutnya, pihak berwajib seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus memastikan segala prosedur berkaitan dipatuhi.

“Jangan orang kampung yang buat kerja sedangkan kita ada jabatan dan agensi berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan. Bagi saya peneroka dan pengurusan Felda sudah tentu tertakluk pada akta tertentu.

“Jika berlaku perjanjian tidak diiktiraf sepatutnya pihak pengurusan Felda ambil tahu. Nampak lori keluar masuk walaupun peneroka ada kuasa ke atas tanah masing-masing, pengurusan Felda perlu bertanggungjawab selaraskan,” ujarnya selepas taklimat perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Bertindak Felda Bukit Goh Dr Sahrudin Mohd berkata, pihaknya mengakui kecewa dengan reaksi pihak pengurusan Felda dalam menangani pelbagai masalah dialami ekoran aktiviti perlombongan mineral itu.

“Kami terpaksa jadi ‘traffic light’ untuk kawal lalu lintas supaya penduduk dapat lalu. Kami buat ‘gate’ walaupun Pengarah PTG dalam mesyuarat Exco baru-baru ini marah kenapa jawatankuasa buat gate,” ujarnya.

Dr Sahrudin yang juga generasi kedua Felda turut mendedahkan pihak berwajib termasuk PTG tidak mempunyai SOP (tatacara operasi standard) yang jelas bagi memastikan aktiviti melombong bauksit tidak menjejaskan kualiti hidup penduduk dan alam sekitar.

“Kita juga hairan sampai sekarang tidak ada jawatankuasa khas ditubuhkan oleh kerajaan negeri walaupun tempoh moratorium bakal berakhir bulan April ini. Kata nak buat bengkel pun sampai sekarang, tidak ada,” tambahnya lagi.

TAGS