MOU Malaysia-China eksport buah durian sejuk beku dalam bentuk biji

Datuk Salahuddin Ayub bersama Li Keqiang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menandatangani perjanjian bersama (MOU) antara Malaysia dan China untuk perdangan eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji dari Malaysia ke negara itu.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub yang mengikuti delegasi lawatan Perdana Menteri ke China sejak tiga hari lalu, telah menandatangani perjanjian perdangangan itu hari ini.

MOA dalam kenyataan hari ini berkata, “Protokol Keperluan Pemeriksaan dan Kuarantin Pengeksportan Durian Sejuk Beku dari Malaysia ke China” telah ditandatangani Salahuddin, bersama dengan Menteri Pentadbiran Am Kastam China, Ni Yuefeng.

“”Pencapaian ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut setelah Malaysia berjaya mendapatkan laluan pasaran untuk buah nanas secara rasmi pada bulan Mei 2017.

“Kebenaran mengeksport ini mencerminkan keyakinan negara China terhadap mutu hasil pertanian Malaysia, sama ada dari segi kebersihannya, keselamatannya, mahupun keenakannya,” ujar kenyataan itu hari ini.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Perdana  Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri China Li Keqiang di The Great Hall of The People, Beijing hari ini.

Salahuddin merupakan salah seorang delegasi yang mengikuti lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke China bermula dari 17 hingga 21 Ogos 2018.

Ini juga merupakan lawatan rasmi kali pertama ke luar negara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)Datuk Salahuddin menteri kabinet pada pertengahan bulan Mei yang lepas.

Sebelum ini, Malaysia telah memperolehi kelulusan laluan pasaran ke China bagi durian sejuk beku dalam bentuk pulp dan paste sejak November 2007.

Bagi pengesportan durian sejuk beku dalam bentuk biji (whole fruit) yang baru diperolehi ini, Kementerian menjangkakan ianya aka nbermula pada awal tahun depan.

Bagi memenuhi keperluan protokol yang telah dipersetujui, Malaysia perlu mengemukakan senarai ladang yang memenuhi keperluan Sijil Amalan Pertanian Baik (MyGAP) berserta
senarai fasiliti pemprosesan durian dan lain-lain keperluan sebagaimana yang termaktub dalam protokol untuk persetujuan pihak China sebelum pengeksportan boleh dimulakan.

“Kementerian ingin menasihatkan agar semua pengusaha ladang dan fasiliti pemprosesan durian untuk sentiasa mengekalkan pematuhan kepada standard-standard antarabangsa untuk
mengekalkan kelulusan laluan pasaran ini supaya produk Malaysia dapat terus berdaya saing di peringkat global.

“Kementerian juga ingin menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu khuatir akan berlakunya kekurangan bekalan dalam negara atau harga durian bakal melambung kerana hanya ladang dan pusat pemprosesan yang memenuhi kriteria sahaja yang akan mendapat kebenaran mengeksport ke China,” ujar kenyataan pejabat menteri itu.

Barisan menteri kabinet Malaysia yang turut sama mengikuti delegasi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China.

Pada masa yang sama, Kementerian juga sentiasa memastikan kualiti bekalan durian di pasaran tempatan juga adalah baik memandangkan lebih banyak pengusaha durian yang mengamalkan Sistem Amalan Pertanian Baik ( MyGAP).

Salahuddin juga menyambut baik saranan Perdana Menteri ketika jamuan tengah hari bersama pemimpin korporat Malaysia semalam supaya negara dapat mengeluarkan durian secarabesar-besaran dan sistematik sebagaimana pengeluaran getah dan sawit.

Justeru MOA menyeru pengusaha ladang durian yang berkelayakan untuk merebut peluang pasaran ini dengan meningkatkan lagi keupayaan pengeluaran durian bagicmenampung permintaan dari negara China.

Sehingga kini, sebanyak 204 varieti durian telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut, 12 varieti disarankan oleh Jabatan itu untuk ditanam kerana ia mempunyai
nilai komersial dan mendapat permintaan yang tinggi.

Enam varieti utama yang mendapatsambutan adalah D24, D160 (Musang Queen), D168 (Hajah Hasmah), D197 (Musang King),D200 (Ochee) dan D99. Daripada enam varieti utama tersebut, dua iaitu D197 dan D24 dianggap sebagai varieti premium.

Bagi penggunaan kaedah e-commerce sebagai alat pemasaran secara efektif sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua Perdana Menteri, promosi atas talian durian juga
telah dimulakan dengan perasmian Online Promotion for Malaysian Durian with Chunbo.com

Kementerian turut menggalakkan penyertaan penyedia perkhidmatan atas talian yang lain untuk mengembangkan peluang pemasaran durian Malaysia.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS