MP Alor Setar soal Shabery Cheek apa nasib program Myberas

MP Alor Setar soal Shabery Cheek apa nasib program Myberas

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung mahu menteri pertanian, Datuk Sri Ahmad Shabery bin Cheek apa telah terjadi kepada program Myberas yang diumumkan oleh perdana menteri, Datuk Sri Najib Razak pada 28 Januari, awal tahun ini.

“Saya menggesa Shabery Cheek, Menteri Pertanian memberi penjelasan terbuka mengenai isu-isu berkaitan program Myberas yang memerlukan jawapan segera pihak kementerian kerana ada maklumat yang saya terima bahawa program ST15% beras hancur akan diganti program lebih teruk kualiti 25% beras hancur, yang tidak sesuai untuk kegunaan manusia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau ingin tahu sama ada kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan program Myberas, dan jika sumber beliau adalah salah, bilakah program Myberas akan dilaksanakan tanpa alasan lagi daripada pihak kerajaan;

“Saya minta pihak kerajaan segera menghentikan apa-apa idea tidak siuman untuk memperkenalkan 25% beras hancur berkualiti rendah kepada orang ramai untuk menggantikan program subsidi beras negara ST15,” katanya.

Beliau mengingatkan tanggungjawab kerajaan untuk menunaikan janji mereka untuk melaksanakan program Myberas yang diumumkan oleh PM sendiri bertujuan membantu golongan miskin tegar.

“Adalah amat memalukan untuk menteri pertanian sekiranya memang ada rancangan kerajaan memperkenalkan beras 25% hancur kepada orang awam apabila beliau sebelum ini menyatakan adalah salah untuk terus memberi beras yang dihancurkan kepada rakyat miskin untuk dimakan.

“Saya menyeru kerajaan untuk dengan segara untuk melaksanakan program Myberas dan mencari satu gantian kepada program subsidi ST15 yang dibatalkan dengan beras berkualiti baik secepat mungkin untuk membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan daripada kenaikan kos hidup sekarang.” katanya.

Menurut Gooi, semasa perbahasan bajet 2015 di Parlimen pada November tahun lalu, apabila Menteri Pertanian mengumumkan pembatalan program beras ST15 dalam ucapan penggulungannya, beliau telah bercakap dengan penuh semangat tentang bagaimana beliau tidak bersetuju dengan terus memberi rakyat miskin negara makan beras hancur yang berkualiti rendah.

“Beliau memberi contoh negara-negara Asean bagaimana rakyat miskin Thailand dan Vietnam boleh makan beras yang berkualiti baik, berbanding negara kita. dengan perhatian kebanyakan isi rumah di negara ini membeli dan menggunakan gred beras 5% atau 10% hancur. .

“Kita terkejut hanya tujuh bulan selepas ucapan menteri pertanian pada November 2015 tahun lepas di parlimen, ia telah datang dengan cadangan untuk mengkaji pengenalan skim subsidi beras baru untuk menggantikan program ST15% beras hancur dengan menggunakan beras lebih teruk kualiti 25% beras hancur, yang tidak sesuai untuk kegunaan manusia.

Lebih teruk kata beliau, ada maklumat daripada sumber-sumber dalam industri beras yang mereka telah diberitahu oleh pegawai-pegawai di kementerian pertanian bahawa ada cadangan membatalkan dan memansuhkan terus pelaksanaan program Myberas.

COMMENTS

Wordpress (0)