MP Baling perlu kembalikan khidmat ambulans, bas sekolah kepada pengundi

MP Baling perlu kembalikan khidmat ambulans, bas sekolah kepada pengundi

Joahri Abdullah

Pengundi dalam Parlimen Baling kecewa apabila khidmat ambulans dan bas sekolah percuma yang disediakan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sudah tidak lagi beroperasi kerajaan Pakatan Harapan ambil alih pemerintahan.

Malah lebih 38 ribu pengundi yang telah memberi sokongan sehingga Abdul Azeez mencapai kemenangan merasa terkilan dengan penarikan khidmat ambulans dan bas sekolah percuma tersebut.

Naib Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Johari Abdullah ketika berkata, sepatutnya khidmat yang diberikan untuk kepentingan penduduk miskin dan orang ramai tersebut diteruskan dan bukannya dihentikan.

“Sewajarnya Azeez meneruskan khidmat tersebut kerana ia telah berjaya memberi kemenangan sehingga beliau mampu menewaskan calon Pas dan PKR baru-baru ini.

“Dengan penarikan khidmat ambulans percuma ia telah memberi kesukaran kepada penduduk kampung, khususnya mereka yang sememangnya mengharapkan dokongan wakil rakyat tersebut.

“Tiada lagi khidmat bas sekolah percuma memberi impak yang amat besar kerana seringkali yang menggunakan khidmat bas tersebut adalah anak-anak golongan miskin, ” tegasnya lagi.

Kata Johari lagi, penarikan khidmat ambulans dan bas sekolah percuma tersebut adalah tindakan gopoh yang tidak seharusnya dilaksanakan selepas memenangi PRU.

“Sebagai wakil rakyat yang telah mendapat sokongan dari 38,557 pengundi, maka ia harus menghormati keluhan rakyat bawahan.

“Seandainya suara dan rintihan golongan tersebut tidak diendahkan, maka jelas membuktikan ada sesuatu yang tidak kena terhadap Ahli Parlimen Baling tersebut.

“Beliau perlu menjelaskan kepada sejumlah besar pengundi yang telah memenangkannya baru-baru ini kenapa khidmat ambulan yang memaparkan gambar beliau pada ambulan tersebut serta bas sekolah percuma dihentikan selepas memenangi PRU, ” soal Johari lagi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote