MP berarak ke Bukit Aman pagi ini

MP berarak ke Bukit Aman pagi ini

Sejumlah Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan akan berarak pagi ini ekoran penangkapan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang kini ditahan reman tiga hari di lokap Jinjang.

Sekumpulan penyokong Rafizi yang turut bersimpati dengan penahannya berhimpun di hadapan lokap Jinjang malam tadi.Sejumlah Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan akan berarak pagi ini ekoran penangkapan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang kini ditahan reman tiga hari di lokap Jinjang.

Solidariti ke atas penahanan Rafizi  itu dijangka akan berlangsung jam 9 pagi ini diketuai Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bermula dengan berkumpul di pintu pagar Parlimen, mereka terbabit akan berarak dengan berpakaian rasmi seperti berada di Dewan Rakyat iaitu bagi lelaki bertali leher serta berkot.

Selain Ahli Parlimen Pakatan Harapan, perarakan itu juga mengalu-alukan wakil rakyat dari parti pembangkang lain serta BN.

Turut dijemput berarak adalah semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), bekas Ahli Parlimen dan  bekas Adun.

Semalam dalam  sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, Ketua Pembangkang akan mengetuai perarakan ini bagi bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini kerana penahanan Rafizi di hadapan pintu  keluar  bangunan parlimen adalah tindakan mencabuli institusi Parlimen kerana itu adalah satu usul yang diluluskan dalam parlimen sendiri.

Mahkamah Majistret Putrajaya semalam telah memutuskan Rafizi ditahan reman selama tiga hari berhubung pendedahan dokumen sulit yang didakwa mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang disabitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

TAGS

COMMENTS