MP Bukit Gantang keluar, Umno kini tinggal 52 sahaja

Budaya mengugut, adu domba, menghasut dan memfitnah, wujudnya politik wang jadi alasan Syed Abu Hussin keluar Umno.

Umno hilang seorang lagi ahli parlimennya apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal meninggalkan parti itu.

Ia menjadikan jumlah ahli Parlimen Persekutuan bagi parti utama dalam Barisan Nasional (BN) itu seramai 52 orang daripada 54 yang dimenangi pada pilihan raya umum ke 14 lalu selepas ahli parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali juga mengumumkan keluar parti sebelum ini.

Dalam sidang akhbar secara langsung yang disiarkan di laman Facebook Perak Today, beliau berkata akan memfakskan surat peletakan jawatannya, yang berkuatkuasa mulai 1 Julai, ke ibu pejabat Umno.

Bagi beliau, budaya mengugut, adu domba, menghasut dan memfitnah, wujudnya politik wang dilihat telah mencemarkan proses demokrasi pemilihan Pemuda Umno bahagian.

“Kekecewaan ini membuat saya mengambil keputusan, untuk melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Bukit Gantang, dan menyerahkan kepimpinan kepada timbalan saya saudara Abu Bakar.

“Saya akan berikan tumpuan kepada tugas saya sebagai ahli parlieman yang telah diberi oleh rakyat dan akan memberi perkhidmatan terbaik tanpa ada gangguan politk Umno dan dengan itu juga saya mengumumkan, saya keluar dari Umno dan BN dan menjadi ahli parlimen bebas,” kata beliau dalam sidang medianya hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-14, Syed Abu Hussin menang di Bukit Gantang dengan mengalahkan calon Bersatu, Khadri Khalid dan penyandang kerusi itu yang juga calon Pas, Idris Ahmad dengan majoriti 4,089 undi.

Beliau memperoleh 22,450 undi manakala Idris (16,052) dan Khadri (18,361).

Sebelum ini, pada Ahad lalu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali juga mengumumkan keluar dari Umno dan mennyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu.

 

 

7.3
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 7.0