Malaysia Dateline

MP Bukit Gantang pula nafi beri sokongan kepada Mahathir

Ahli Parlimen (Bebas) Bukit Gantang Datuk Syed Abu Husin Hafiz Syed Abdul Fasal. turut menafikan beliau memberikan akuan berkanun (SD) menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8.

Menurut Syed Abu Husin beliau telah memberi persetujuan SD kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana yang diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong hari ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya nama saya disenaraikan sebagai menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Saya mohon semua di media sosial menafikan kenyataan sayaa menyokong Tun. Terima kasih,” ujarnya dalam video berdurasi 44 saat itu malam ini.

Turut menafikan ada memberikan akuan bersumpah kepada Dr Mahathir, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat.

Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini mengesahkan telah mendapatkan sokongan 114 ahli parlimen untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.