Malaysia Dateline

MP DAP gesa PM bantah pelantikan peguam Diraja UK

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menggesa Perdana Menteri untuk membantah hasrat Datuk Seri Najib Razak yang mahu menggunakan khidmat peguam Diraja dari United Kingdom (Queen’s Counsel) (QC) bagi mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

“Najib haruslah sedar pelantikan seorang peguam asing yang tidak faham bahasa Malaysia adalah bercanggah dengan dasar kerajaan Keluarga Malaysia.

“Ismail Sabri haruslah membantah pelantikan Queen’s Counsel oleh Najib,” kata Teresa.

Terdahulu, Najib yang didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC mahu menggunakan kepakaran QC untuk mewakilinya.

Walau bagaimanapun, ekoran kegagalan peguam dari UK untuk berbahasa kebangsaan sekaligus tidak memenuhi keperluan asas di bawah Seksyen 11(2) Akta Profesion Undang-undang 1976.

Untuk rekod, permohonan untuk menjadikan Jonathan Laidlaw sebagai peguam ad hoc Najib ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Jun ini.

Sebelum ini, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan Najib berpendapat bahawa QC UK boleh membantu “mengembangkan dan mematangkan” perundangan Malaysia.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC.

Baca juga Mampukah Najib bebas dengan 94 alasan di mahkamah?

Baca juga 5 jenis simpanan duit anak-anak, ibu bapa kena tahu