MP DAP jadi Pengerusi PH Sarawak

Oleh ARIF ATAN

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen merangkap Ahli Parlimen Stampin dipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang baharu.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa itu susulan peletakan jawatan Pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng sekali gus meninggalkan parti tersebut.

Jawatankuasa baharu PH Sarawak juga dikemaskini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.

Menerusi keputusan mesyuarat semalam, Dr Michael Teo Yu Keng dan Abang Abdul Halil Abang Naili masing-masing dilantik sebagai Timbalan Pengerusi I dan Timbalan Pengerusi II.

Yu Keng ialah Ahli Parlimen Miri dari PKR manakala Abang Abdul Halil ialah Pengerusi AMANAH Sarawak juga bekas calon Dun Muara Tuang semasa PRN-11 pada 2016.

Setiausaha PH Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, PH negeri juga menubuhkan beberapa biro yang dianggap penting untuk memperjuangkan dan menjaga hak rakyat.

Antaranya, kata beliau, ialah Biro Reformasi Tanah dan Biro Perkhidmatan Awam yang masing-masing diketuai oleh Joshua Jabeng dari PKR dan Leon Donald dari DAP.

“Mengambil kira pelbagai masalah rakyat, PH telah merancang beberapa program bersama untuk menyantuni rakyat, terutama sekali rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Di samping itu juga, PH mengambil sikap terbuka untuk memperhalusi kawasan-kawasan yang rakan-rakan PH akan bertanding,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Struktur organisasi PH Sarawak:

Pengerusi Chong Chieng Jen
Timbalan Pengerusi I Dr Michael Teo Yu Keng
Timbalan Pengerusi II Abang Abdul Halil bin Abang Naili
Setiausaha Senator Alan Ling Sie Kiong
Bendahari Chiew Chiu Sing
Setiausaha Publisiti Abang Zulkifli Abang Engkeh
Pemuda Negeri Saifunnizam Hj Sam
Ketua Wanita Violet Yong

Ahli Jawatankuasa
Mexwell ak Rojis
Mohamad Fadilah Sabali
Andri Zulkarnaen
David Wong Kee Woan
Dr Kelvin Yii
Roland Engan.