Malaysia Dateline

MP DAP suka Dr Rora guna istilah karamah insaniah

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mengakui suka mendengarkan pensyarah Ustaz Dr Muhamad Rozaimi Ramle atau dikenali Dr Rora menggunakan istilah karamah insaniah iaitu kemuliaan insan.

Menurut wakil rakyat DAP itu, politik yang mengangkat martabat manusia diperlukan dan semua pihak perlu bersama-sama berusaha untuk mencapainya.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu turut mengakui telah lama mengikuti penulisan Dr Rora dan suka pendekatan ilmiah Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dalam memberi pencerahan termasuk kepada pengkritik keras.

Steven bahkan berkongsi gambarnya berswafoto dengan Dr Rora dalam satu program forum.

“Semalam dalam forum, saya sebut perkauman ataupun assobiyah ini umpama singa buas. Jangan kita beri makan singa ini, tak kira siapa, tak kira parti mana.

“Masyarakat Malaysia yang rencam wajib membulurkan singa assobiyah ini. Jangan kasi makan,” tegasnya.

Dr Rozaimi Ramle

Beliau berpendapat mungkin terdapat sesetengah pihak menganggap boleh membela singa buas untuk menjaga kepentingan diri dan politiknya.

Namun, jelasnya, singa itu akan mengamuk di luar kawalan dan memusnahkan semua orang termasuk tuannya.

“Contohnya, ada ahli politik fitnah kononnya di bawah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Tabung Haji (TH) ada pelbagai isu, ekuiti dijual, campur tangan Lim Guan Eng dan sebagainya.

“Hari ini depa tarik balik kenyataan fitnah selepas dibawa ke mahkamah. Tapi sudah terlambat, masyarakat dah terbakar dengan sentimen assobiyah,” ujar Steven lagi.

Baca juga Selepas Ustaz Wadi nafi kait Perlis dengan Wahabi, Dr Rozaimi saran masuk kursus orator

Baca juga Tak mahu anak terleka dengan duniawi, Suhaimi anggap sijil akademik bukan sasaran hidup