Malaysia Dateline

MP Jelutong dikejar ke hospital

Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh terbabit dalam kemalangan di lebuh raya berdekatan Batang Kali awal hari ini.

Lapor The Vibes, kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki wakil rakyat DAP itu difahamkan merempuh bahu jalan.

Nahas yang turut melibatkan lima individu lain itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke ibu negara.

Rayer yang dikatakan terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun pada masa ini telah sedar.

Beliau hanya cedera di bahagian tangan kirinya tetapi tanpa kecederaan serius.