Malaysia Dateline

MP Kepong sampaikan bantuan persekolahan golongan asnaf

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng telah menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar dari kalangan yang kurang berkemampuan dalam dua program “Back To School” di Parlimen Kepong.

Seramai 100 orang pelajar golongan Asnaf telah menerima baucer persekolahan yang bernilai RM120 sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan di Masjid Amaniah, Kepong dalam program Majlis Raikan Anak Back To School hari ini.

Dalam majlis yang sama, seramai 50 pelajar Pusat Tahfiz Darus Syabab juga telah menerima sumbangan bantuan persekolahan daripada YB Lim Lip Eng.

Program yang dianjurkan oleh Amanah Kawasan Kepong dan Masjid Amaniah, Kepong itu turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan. Ahmad Zamri Bin Asa’ad Khuzaimi.

Menurut Ketua Amanah Kepong Datuk Mohd Noor Ali Akbar yang juga Pengerusi Skuad Prihatin Kepong, program ini adalah hasil inisiatif Skuad Prihatin dan pihak masjid bagi membantu golongan Asnaf di Parlimen Kepong.

Pada sebelah petang pula, Lim turut menyerahkan sumbangan dalam Program Balik Ke Sekolah 2020 yang dianjurkan oleh KRT Pangsapuri Seroja. Baucer bernilai RM80 sumbangan Ahli Parlimen Kepong telah diagihkan kepada 100 orang pelajar dari pelbagai kaum.

Lim juga berkata, pihaknya sentiasa prihatin terhadapat kebajikan rakyat khususnya golongan B40. Beliau berharap, dengan sumbangan tersebut dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf hidup dan pendidikan.

Penerima boleh menggunakan baucer tersebut di kedai-kedai tertentu bagi membeli peralatan sekolah.

Pengerusi KRT Pangsapuri Seroja, Jaya Raman berkata, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang berpen