Malaysia Dateline

MP Lumut sumbang 300 pek makanan sambut Hari Natal

Umum mengetahui negara sedang berduka berikutan banjir teruk baru-baru ini sehinggakan ramai menjadi sukarelawan menghulurkan tenaga bagi mambantu meringankan mangsa khususnya operasi membersih kesan banjir.

Namun, sambutan Hari Natal disambut dengan sederhana semalam bagi menghormati mangsa-mangsa banjir yang kini sedang berduka.

Atas keprihatinan kepada mereka yang beragama Kristian, Ahli Parlimen Lumut Dr Mohd Hatta Ramli menyumbang sebanyak 300 pek makanan kepada golongan B40 yang menyambut Hari Natal.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas P74 Parlimen Lumut , Hj Badrul bin Bulat kepada wakil-wakil komuniti di sekitar Parlimen Lumut.

“Semoga sedikit sumbangan ini memberi keceriaan kepada penerima,” katanya.