MP Machang tolak cabaran debat pemimpin Bersatu

MP Machang tolak cabaran debat pemimpin Bersatu

 

Datuk Ahmad Jazlan ketika merasmikan Perpustakaan Ibnu Sina di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang semalam.

Cabaran Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Sazmi Miah untuk berdebat ditolak Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.

Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata beliau tidak akan melayan cadangan itu.

“Datuk Sazmi perlu membersihkan lidahnya yang pernah mengutuk keras dalam parti-parti Pakatan Harapan yang dianggotai olehnya ketika ini.

“Ini termasuklah DAP dan PKR satu ketika dulu,” katanya ketika dijumpai selepas Majlis Perasmian Perpustakaan Ibnu Sina di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang semalam.

Beliau mengulas mengenai cabaran Ketua Bahagian Bersatu Macang itu ketika dalam ceramahnya dua minggu lalu yang mencabar ahli parlimen Machang untuk berdebat berkaitan isu kos sara hidup rakyat. Sazmi berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa dan akan menghantar surat rasmi kepada Ahmad Jazlan mengenai cadangannya itu.

Datuk Sazmi Miah

Namun Ahmad Jazlan berkata, ketika Sazmi menjawat sebagai ahli parlimen Machang satu ketika dulu, Sazmi pernah mencaci lebih-lebih lagi parti DAP.

“Selagi beliau tidak melakukan pembersihan itu, saya tidak akan melayan dan lebih baik memberi tumpuan khidmat terhadap masyarakat,” katanya.

Ketika berucap pada majlis itu beliau berkata pembangunan bagi projek Perumahan Rakyat Termiskin di Kelantan akan diteruskan dibawah Bajet 2018.

“Ini kerana rakyat Kelantan masih ramai lagi berada dibawah kemiskinan tegar.

“Terdapat dikalangan mereka apabila diberi peruntukan untuk membaiki rumah antara RM10 ribu hingga RM13 ribu mereka masih lagi tidak mampu membaiki rumah-masing,” katanya.

Berdasarkan keadaan itu katanya adalah lebih baik dibina dengan rumah baru di bawah program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mengandungi tiga bilik berkembar bernilai RM40 ribu sebuah untuk mereka terkeluar daripada garis kemiskinan tegar.

 

3.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 0.0
CATEGORIES
TAGS